Khamis, 30 Oktober 2008

BERCUTI DI MELAKA BERSEJARAH



Pada cuti Deepavali yang lepas saya sekeluarga pergi bercuti di negeri Melaka...kami menginap di Hotel Everly di pantai Tanjung Keling. Memang kami selalu berkunjung ke Melaka sebab perjalanannya tidak jauh dan boleh melawat banyak tempat..

Saya sekeluarga suka sangat makan ikan bakar di Umbai melaka...ikannya yang segar dan harga pula sangat berpatutan. Dibandaraya Melaka iaitu di BandarHilir kami sekeluarga telah menaiki Taming sari Tower seronok juga...diatas sana kita boleh lihat pemandangan seluruh bandar Melaka..sungguh menarik..pergilah kesana..

KELUARGA




Saya berkahwin dengan suami saya Azrin Che Rose pada 4 Disember 1994.. suami saya sekarang bekerja sendir dan saya bekerja di Tourism Malaysia.

Anak sulung saya lahir pada 20 Julai 1997... diberi nama Aina Balqis Bt. Azrin.

Semasa itu saya berumur 25 tahun sekarang aina sudah berumur 12 tahun dan sedang berdebar-debar menunggu keputusan UPSR yang akan diumumkan tidak lama lagi... Saya sebagai ibu berdoa supaya aina mendapat keputusan yang cemerlang dalam semua matapelajarannya. Anak mama boleh berjaya..

Setelah menunggu selama 10 tahun barulah lahir anak saya yang kedua...(7 Nov. 2005) mungkin rezeki saya lambat tapi Allhamdulillah Allah kurniakan seorang anak lelaki bernam Adam Farhan. Adam sekarang akan menyambut harijadi yang ke 3 tahunnya pada 7 November ini..Selamat hari jadi Adam... Sayang anak mama..

Tanpa Saya Sangka selang 2 tahun saya mengandung anak ke 3.. lahir pada 25 Februari 2008.. yang bongsu ni saya terpaksa melahirkan secara pembedahan kerana uri dibawah..Tapi Allamdulillah saya selamat melahirkan Airel Rafique...ini pun sayang anak mama..

Rabu, 29 Oktober 2008

Latar Belakang




Nama: Roslina Hasan

Berasal: Seremban Negeri Sembilan

Status: Berkahwin


Tarikh Lahir: 05/04/1971